Tuesday, April 26, 2011

stage make up

beli dah lama tapi biasalah aku kan..kepam sampai basi..aku tak beli sekaligus aku beli berperingkat-peringkat.stage buat clearance stok.memang murah..aku rasa sampai bulan april kot,boleh la lagi terjah.serius sangat best barang-barang dia plus sangat murah kan.kalau tak best pon tak ralat sangat.ni pulak kalau best memang berbaloi-baloi la beli.


atas ni aku beli eyebrow,lipstik,liquid eyeliner ngan concealer.
ni plak lip gloss.pon best.wangi jek.tak melekit.
lipstik.eyeliner kaler putih ngan foundation(serius best..sangat bestt)
packaging yang cantik..macam mac n bobbi brown jugak.
sebabkan best dia punya foundation so aku top up lagi buat stok,lenjan hari-hari pakai g sekolah
k tu jek..daa..

Monday, April 18, 2011

ice cream fondue BR,the garden.

nah..aku tempek harga dulu. kot2 la ada yg terlintas di fikiran berapalah harga dia kan..
dua orang makan.senak perut.aku amek yg regular jek pon.pon masih lagi senak perut.boleh share 3-4orang.
lighting berbeza ikut tangan tukang amek gambar.

licin.tu suami aku duk korek2 lagi choc dia.dia adalah penggemar chocolate yang tegar.tapi bukan choc bar,tapi choc cair macam nih..nak-nak kalau kek coklat yang meleleh2 tu lagi dia suka..

Friday, April 15, 2011

ini makmar..(ammar)

ini makmar..makmar tu dia panggil untuk diri dia sendiri,aku sebut ammar,dia makmar.ok la tu tau la jugak nak sebut nama dia sendiri.anak aku tak leh cakap lagi..setakat dua-tiga patah perkataan je lah yang dia reti sebut.sekarang umur dia setahun enam bulan,baru belajar nak menyebut-nyebut.abah,nak tutu,tok pa,fish tukar piss,bird tukar tuu.boleh la..

peringkat ni agak bahaya jugak sebab otak dia tengah absorb segala vocab2.nak bercakap pun kena hati-hati.takut tersebut benda yang tak sepatutnya di sebut.

pastu sekarang ni cepat dia belajar apa yang dia nampak,contoh tengok crita lawan2 kat tv stat la tangan dia duk hayun-hayun bersilat jugak..

tapi yang tak bleh blah,jumpa semua budak2 yang sebaya dia semua dia nak pukul.pembuli jugak anak aku nih..tskk.

ok tu jek entri meng-show off anak aku.nak jugakkkk.


tak kena tempat nk puji diri sendiri

salam..

lama tak update..malas itu perkataan klise..sebuk pon klise jugak.abeh aku nak bagi alasan apa ek?apa2 je la yang aku tahu memang aku tak berkeinginan nak mengupdate blog.bila aku blogwalking macam-macam yang aku takut.tapi benda tu berlaku kat blogger-blogger yang famous amos je la..aku pulak yang takut lebih-lebih.yang aku maksud kan di sini adalah orang yang kita tak kenal boleh buat apa saja kat kita melalui blog.contoh ambil gamba n upload kat facebook mengaku tu gamba dia dan macam-macam la.eh tapi tu bukan lah isu utama yang nak aku cakap sini.


oh ye blog aku problem kalau bukak pakai internet explorer.mungkin ada benda yang dia tak support kot.aku adalah buta komputer so aku tak tahu la apa penyebab dia.kalau bukak guna google crome dia ok.alhamdulillah boleh la aku blogwalking lagi.hahaha

berbalik pada tajuk entri,hari tu ada terbaca satu status kat facebook yang berbunyi begini "yang jaga pemakanan anak-anak kita adalah IBUBAPA,jadi kalau anak-anak taknak makan jangan kata anak yang taknak makan/kurang makan sebab sebagai ibubapa kita la yang kena cari jalan macammana nak tackle selera dia,(sangat gembira -nama anak- makan dengan berseleranya -nama makanan-yang ummi masak semalam).-lebih kurang la ayat dia.oh maksud tersiratnya adalah aku pandai masak anak aku suka makan.done!ke aku yang salah tafsir?ke aku yang pikir negatif..?

suka hati dia la dh tu facebook dia.sukati di la nak up status apa ponnn.ko sebuk asal?


aku bukan nak sebuk..terasa sket kot sebab anak aku adalah tidak makan nasik atau makan apa-apa.dia nak susu jek.eh susu anak aku manis.lebih gula.patut la dia taknak makan nasik.adakah sebab aku tak berjaya cari selera dia atau aku masak tak sedap?so aku ni saja lah jadikan alasan 'ala...dia tak nak makan.dia tak suka makan'. kalau macam tu ok la.tapi jangan la ko bermegah2 sangat like semua ibubapa salah sebab jadikan alasan anak taknak makan,so tak buat apa-apa.parent mana yang taknak bagi anak dia makan kan?

mak aku ngan mak mertua aku pon tau anak aku ni jenis bukan pemakan.sebab dieorang pon tengok sendiri dan alami sendiri dan suapkan sendiri anak aku dengan makanan yang dieorang masak.adakah mak aku ngan mak mertua aku tak pandai masak,tak sedap?

aku dah cuba semua makanan(perlu ke aku bgtau?perlu kot)..mi,nasi,bubur,biskut,spaghetti,kentang,sawi ko sebut je la apa pun semua pon dah cuba tapi akhirnya apa yang aku buat tu hanya 1% yang dia usik.ok la kan daripada tak usik langsung..

kesimpulannya,lain anak,lain ragamnya.semua parents pon nak yang terbaik untuk anak dia.so,jangan la duk kata kat orang lain macam tu walaupon in general.ye aku tau sapa makan cili dia terasa pedas,mmg aku rasa PEDAS sebab aku adalah ibu dan suami aku adalah bapa.ke bukan?choww.