Sunday, May 22, 2011

jurulatihku..


my 1st designer handbag...wah designer ke?walopon coach jek..kalo kat US tahap kerani-kerani jek pakai occay..aku ni duk mengidam dh setahun baru dapat.haha.takpela..sekali seumur hidup.hubby cakap lagi 1otahun baru boleh beli baru.kedekut betul.


yang aku nak yang nama dia madison dotted op art convertible hobo tu xde la plak..ada warna khaki jek.yang aku nak warna mahogany.so aku beli yang ni coach colette signature sateen hobo in black.ada warna lain lagi yg menarik tapi cerah2 aku takut kotor.senang amek hitam.selamat...hubby tak berkenan sangat design ni tapi boleh la..


k la..kadang2 berangan itu boleh jadi kenyataan,asal ada usaha..wah usaha ke?

Friday, May 6, 2011

mekap lagi..lalala




ye saya memang penggemar mekap.tapi tak pandai bermekap ye kawan2.taram saja conteng-conteng muka.


kali ni nak review eyeliner plak..saya teringin la konon2 mahu buat review produk tapi saya tak pandai buat karangan uolls..bahasa malaysia SPM bukan 1 yek.so mengarang ayat tu kurang pandai.tapi gatal mau berbelog.camne tu???



creamy eyeliner
ambil no 5 brown plum
kiri eyeliner kanan smudger.konon2 nak buat smokey eyes la kononnya.tapi harammmm

yang paling best ada sharpener sekali.tak yah susah-susah beli asing.





sebelum ni aku suka eyeliner jenis glimmerstick.yang pulas-pulas tu takyah nak sharp bagai..aku pakai brand elianto,avon.tapi yang paling best adalah elianto.aku suka sebab memang senang nak apply.smooth je.avon pon ok jugak.tapi pas pakai eyeliner bobbi brown ni sangat la best sebab memang senang sangat nak apply..aku tak suka warna hitam sebab nanti nampak muka aku garang sebab tu eyeliner aku banyak kaler brown.tapi untuk bobbi brown ni warna brown dia kurang pekat.takpela ko apply la banyak2 kali kan.aku berazam jugak nak beli kaler hitam.tapi nanti dulu la..

k tu jek.bye.

Tuesday, April 26, 2011

stage make up

beli dah lama tapi biasalah aku kan..kepam sampai basi..aku tak beli sekaligus aku beli berperingkat-peringkat.stage buat clearance stok.memang murah..aku rasa sampai bulan april kot,boleh la lagi terjah.serius sangat best barang-barang dia plus sangat murah kan.kalau tak best pon tak ralat sangat.ni pulak kalau best memang berbaloi-baloi la beli.


atas ni aku beli eyebrow,lipstik,liquid eyeliner ngan concealer.
ni plak lip gloss.pon best.wangi jek.tak melekit.
lipstik.eyeliner kaler putih ngan foundation(serius best..sangat bestt)
packaging yang cantik..macam mac n bobbi brown jugak.
sebabkan best dia punya foundation so aku top up lagi buat stok,lenjan hari-hari pakai g sekolah
k tu jek..daa..

Monday, April 18, 2011

ice cream fondue BR,the garden.

nah..aku tempek harga dulu. kot2 la ada yg terlintas di fikiran berapalah harga dia kan..
dua orang makan.senak perut.aku amek yg regular jek pon.pon masih lagi senak perut.boleh share 3-4orang.
lighting berbeza ikut tangan tukang amek gambar.

licin.tu suami aku duk korek2 lagi choc dia.dia adalah penggemar chocolate yang tegar.tapi bukan choc bar,tapi choc cair macam nih..nak-nak kalau kek coklat yang meleleh2 tu lagi dia suka..

Friday, April 15, 2011

ini makmar..(ammar)

ini makmar..makmar tu dia panggil untuk diri dia sendiri,aku sebut ammar,dia makmar.ok la tu tau la jugak nak sebut nama dia sendiri.anak aku tak leh cakap lagi..setakat dua-tiga patah perkataan je lah yang dia reti sebut.sekarang umur dia setahun enam bulan,baru belajar nak menyebut-nyebut.abah,nak tutu,tok pa,fish tukar piss,bird tukar tuu.boleh la..

peringkat ni agak bahaya jugak sebab otak dia tengah absorb segala vocab2.nak bercakap pun kena hati-hati.takut tersebut benda yang tak sepatutnya di sebut.

pastu sekarang ni cepat dia belajar apa yang dia nampak,contoh tengok crita lawan2 kat tv stat la tangan dia duk hayun-hayun bersilat jugak..

tapi yang tak bleh blah,jumpa semua budak2 yang sebaya dia semua dia nak pukul.pembuli jugak anak aku nih..tskk.

ok tu jek entri meng-show off anak aku.nak jugakkkk.


tak kena tempat nk puji diri sendiri

salam..

lama tak update..malas itu perkataan klise..sebuk pon klise jugak.abeh aku nak bagi alasan apa ek?apa2 je la yang aku tahu memang aku tak berkeinginan nak mengupdate blog.bila aku blogwalking macam-macam yang aku takut.tapi benda tu berlaku kat blogger-blogger yang famous amos je la..aku pulak yang takut lebih-lebih.yang aku maksud kan di sini adalah orang yang kita tak kenal boleh buat apa saja kat kita melalui blog.contoh ambil gamba n upload kat facebook mengaku tu gamba dia dan macam-macam la.eh tapi tu bukan lah isu utama yang nak aku cakap sini.


oh ye blog aku problem kalau bukak pakai internet explorer.mungkin ada benda yang dia tak support kot.aku adalah buta komputer so aku tak tahu la apa penyebab dia.kalau bukak guna google crome dia ok.alhamdulillah boleh la aku blogwalking lagi.hahaha

berbalik pada tajuk entri,hari tu ada terbaca satu status kat facebook yang berbunyi begini "yang jaga pemakanan anak-anak kita adalah IBUBAPA,jadi kalau anak-anak taknak makan jangan kata anak yang taknak makan/kurang makan sebab sebagai ibubapa kita la yang kena cari jalan macammana nak tackle selera dia,(sangat gembira -nama anak- makan dengan berseleranya -nama makanan-yang ummi masak semalam).-lebih kurang la ayat dia.oh maksud tersiratnya adalah aku pandai masak anak aku suka makan.done!ke aku yang salah tafsir?ke aku yang pikir negatif..?

suka hati dia la dh tu facebook dia.sukati di la nak up status apa ponnn.ko sebuk asal?


aku bukan nak sebuk..terasa sket kot sebab anak aku adalah tidak makan nasik atau makan apa-apa.dia nak susu jek.eh susu anak aku manis.lebih gula.patut la dia taknak makan nasik.adakah sebab aku tak berjaya cari selera dia atau aku masak tak sedap?so aku ni saja lah jadikan alasan 'ala...dia tak nak makan.dia tak suka makan'. kalau macam tu ok la.tapi jangan la ko bermegah2 sangat like semua ibubapa salah sebab jadikan alasan anak taknak makan,so tak buat apa-apa.parent mana yang taknak bagi anak dia makan kan?

mak aku ngan mak mertua aku pon tau anak aku ni jenis bukan pemakan.sebab dieorang pon tengok sendiri dan alami sendiri dan suapkan sendiri anak aku dengan makanan yang dieorang masak.adakah mak aku ngan mak mertua aku tak pandai masak,tak sedap?

aku dah cuba semua makanan(perlu ke aku bgtau?perlu kot)..mi,nasi,bubur,biskut,spaghetti,kentang,sawi ko sebut je la apa pun semua pon dah cuba tapi akhirnya apa yang aku buat tu hanya 1% yang dia usik.ok la kan daripada tak usik langsung..

kesimpulannya,lain anak,lain ragamnya.semua parents pon nak yang terbaik untuk anak dia.so,jangan la duk kata kat orang lain macam tu walaupon in general.ye aku tau sapa makan cili dia terasa pedas,mmg aku rasa PEDAS sebab aku adalah ibu dan suami aku adalah bapa.ke bukan?choww.

Saturday, March 19, 2011

ku keciwa.MAC mineralize skinfinish wonder woman edition.


tadi beria2 g MAC midvalley semata2 nak kan mineralize skinfinish wonder women ni..aku dah survey kat blog2 n tgk review kat youtube..99% cakap best..hanya 1% cakap tak best..dah mengendeng2 encik suami supaya belanja aku..tapi.......
boleh agak kan?SOLD OUT....hmmmmpffff.sakit hati..lambat sangat..tinggal yang display tuh jek..ye a..takkan setiap minggu aku duk menebeng midvalley tuh kan???mana la aku tau nak sold out masa bila..sekali pergi yilek..aku berkenan yang nama pink power..ala yang pink-pink nude tu..rege rm145..ok la..yg kiri warna pink tu blusher..tengah2 bronzer..yang kanan tu highlighter..3 in 1.mana tak meroyan kan..saiz pon besar gedabak aku tengok tadi..mmg tak rugi la kalo beli..suami aku dah yes yes dah..selamat la dia.tak puas hati..aku tanya la SA tu MAC kat sogo,klcc n pavi dah abes stok jugak ke???dia jawab YESSS.seme sold out..mmg keciwa sangattttttt...
tak puas hati...mencik...